Tuesday, October 26, 2010

Diri Aku

Diri aku,
seorang manusia yang dilahirkan lemah,
dari seorang ibu yang penyayang,
namun disebabkan tekanan ku diberi pada insan lain,
dan didikan pun bermula sejak aku kecil,
dididik dengan ilmu yang berguna,
segalanya cukup sempurna padaku,
kasih sayang yang diberikan tiada berbelah bahagi,
Diri aku,
disebalik sifat aku yang keanakan ini,
tersembunyi satu sifat penuh dengan kebaikan,
namun tiada siapa yang tahu sifat itu,
kerana itu aku terus sembunyikan dari khayalak,
seperti puteri yang tunggukan puteranya,
sebagaimana itulah aku menunggu orang yang dapat lihat disebalik zahirku,
sifat aku tidak terserlah dengan zahirku sekarang,
aku masih menunggu....
Diri aku,
yang buruk tentang aku manusia akan agungkan,
mereka akan terus perkatakan keburukan itu,
hingga sampai masa aku disisihkan dari masyarakat,
hingga aku rasa sunyi seperti aku tiada siapa-siapa,
Diri aku,
penuh bersyukur dengan jasad yang dikurniakan,
namun hakikat manusia hanya memandang keelokan,
sebarang kecacatan tidak mampu diterima akal mereka,
sedangkan diri mereka juga penuh kekurangan,
kecantikan orang akan mereka agungkan seperti akan kekal,
kehodohan seseorang mereka caci seperti mereka mencaci diri sendiri,
Diri aku,
akan sentiasa menunggu seseorang yang pandai menilai,
tidak menilai diriku dengan peragaiku sekarang,
lakonan aku dengan sifat sekarang akan berakhir jika ada yang tahu,
disebalik keburukan terselindung kebaikan,
seperti sinar mentari dilindungi awan mendung,
namun jika tiada siapa mampu membongkarnya,
diri akan terus begini bagi sesiapa yang tidak mengenaliku,
dan sentiasa aku berdoa agar ada istimewa,
menghargai ciptaan Tuhan ini,
menilai diri ini...

Wednesday, October 20, 2010

Manusia Hipokrit

Aku benci makhluk yang mempunyai tahap hipokrit yang tinggi.Dasar dilahirkan sebagai Islam,didepan mata Islam,pemakaian Islam,percakapan Islam,ilmu tentang Islam tinggi dari orang lain dan banyak lagi bukan melambangkan dia seorang Islam yang sejati.Inilah dinamakan manusia,pandai berlakon,bermain kata-kata,kepura-puraan dan seumpamanya.Demi untuk kelihatan seperti beriman didepan orang lain,manusia hipokrit ini sanggup mempergunakan Islam untuk menutup belangnya yang sebenar.Islam adalah agama yang mengajar manusia tidak bersikap bermuka-muka,contohnya bila berhadapan orang Muslim mereka berkelakuan seperti Muslim tetapi apabila berhadapan kaum sejenis dengan mereka,mereka berkelakuan pula seperti kaum mereka.Tidak tinggal solat tidak membuktikan seseorang itu Islam sejati sedangkan aurat didedah,maksiat,dan melanggar perintah Allah."Solat yang sempurna akan menjauhkan manusia dari berbuat KEMUNGKARAN",ini membuktikan jika kita bersolat tp masih melakukan perkara yang bercanggah dengan Islam maka tidak sempurnalah solat seseorang itu.Demi menarik minat lelaki atau wanita yang disukai maka manusia sanggup mempergunakan agama yang suci ini untuk kepentingan peribadi.Ayat-ayat yang disampaikan penuh dengan falsafah,nasihat berguna,dan seumpamanya lagi.Akan tetapi hakikatnya mereka cuma manusia yang bermuka-muka,yakni baik didepan tapi buruk dibelakang.Semoga Allah tunjukkan jalan yang lurus kepada manusia-manusia ini agar mereka tidak lagi mempermainkan Agama Islam yang suci ini.Amin..Yang baik dari Allah S.W.T. dan yang lemah dari diri saya sendiri..kepada manusia diluar sana..hati-hatilah dengan pelakon duniawi ini..

Tuesday, October 19, 2010

Seorang Aku

Hakikat aku seorang manusia,
punyai rasa cemburu,cinta,benci,sedih,
impian yang hampir ku gapai setiap hari,
dipegaruhi rasa yang terus memberi pendorong,
Namun...
Hakikat seorang aku,
punyai banyak kekurangan jika dibandingkan dia,
punyai segala yang jadi impian seorang wanita,
redup hati warna tiada menyerlah,
seperti bulan dilindungi awan yang tebal,
Hakikat seorang aku,
untukku beri secebis cinta padamu,
tebal ombak yang membadai dihadapanku,
bagaimana untuk aku membelah dengan tenaga seorang manusia,
bagaimana lagi untukku tunjukkan padamu jika dia ada disampingmu,
Hakikat seorang aku,
punyai cinta namun tiada kesempatan,
punyai satu jasad,satu nyawa,satu cinta,
sedangkan dia melebihi aku dalam setiap penjuru,
walau aku bergelar kekasihmu,
peranan aku dirampas kerana kekuranganku,
Hakikatnya manusia,
yang baik terserlah didepan mata,
yang buruk tersimpan didalam,
percaya akan kelebihannya,
tiada dapat bandingkan dengan cintaku padamu..

Sunday, October 17, 2010

Bukan salah sang bulan

Bukan salah sang bulan,
meranapkan mimpi bukan sang bulan,
bintang yang beribu menghancurkan segala impianku,
kata-kata kiasannya seakan-akan bermain senda difikiran,
Bukan salah sang bulan,
tidak setia pada satu,
bintang yang beribu punyai segalanya,
sedangkan aku hanya pungguk yang menanti mimpi tak pasti,
Bukan salah sang bulan,
melukakan hatiku tapi salah diriku memilih mimpi,
sedangkan mimpi tak mungkin dipilih oleh insan,
salah aku mencintai bulan dalam yang bukan milikku,
Bukan salah sang bulan,
Hakikat lautan luas tak bisa aku renangi dengan budi,
langit tinggi tak bisa aku gapai dengan cinta suci,
gunung-ganang tak terangkat dengan laungan cinta padamu,
Bukan salah sang bulan,
Dalam iringan doa aku pohon kebahagiaanmu,
bukan nak pohon simpati tapi sekadar madah tak kesampaian,
semoga dengan utusan ini dikau sedar kasihku padamu,
semoga dengan tinta yang menulis puisi ini aku mampu berjaya,
Bukan salah sang bulan,
Aku akan sedar dari mimpi ini..
andai aku pergi sebelum kau terbenam wahai bulan,
abaikan saja kewujudan insan ini..

=Muzzakar Solihin
janganlah kau

Saturday, October 16, 2010

Jagalah maruahmu

Aku bukan seorang ustaz nak bg ape2 ceramah kat sini,tapi aku ni sgt2 prihatin terhadap nasib wanita2 yang bg aku mmg perlu sangat perhatian.Dimana letaknya maruah wanita kalau bukan kepada ksuciannya,auratnya dan kesopanannya.Walaupon mungkin korang nak gtau aku ni just membebel dalam blog tapi ini hakikat yang kita harus trima yang wanita sekarang mudah sgt terpengaruh ngan budaya2 asing ni..aku x maksudnya semua cuma segelintir(majoriti jugak).Walaupun aku lelaki tapi aku amat sensitive ngan isu2 maruah seorang wanita disebabkan suatu hari nnt aku jugak mungkin beristeri so sebagai lelaki yang mempunyai akal yang waras tentu mahukan wanita yg baek,x lawa xpe janji maruah terjaga.Kepada wanita,korang ingat ngan pkai seksi,buat ape yang pakwe korang nak(mgkin korang nak jugak),berpeluk, n perkara2 seumpamanya korang ingat pakwe korang nak jdkan korang isteri? jauh langit ngan bumi la...dorang kan cari yang baek2 jer..mgkin ader laki terpaksa jd kmbing itam akibat ketelanjuran korang..korang pikir,korang nak ke ANAK/KETURUNAN korang ikut perangai mesra alam korang?Sekali lg aku nak tegaskan maruah/martabat seorang wanita amat tggi nilainya..korang mudah2 bg kat orng yg belum tentu jd suami korang pastu myesal..korang ingat semua tu leh undurkan balik ke??Aku pon x faham..walau ader plajaran Agama kat skolah tp korang tetap lalai..nak salahkan sape ag kalu bukan diri sendiri..hidayah Allah perlu dicari bkn ditunggu..kepada yang terasa dan yang terlanjur tu sila2 la insaf..aku tau aku bkn siapa2 nak nasihat korang tp ni tggungjawab yang Allah amanahkan utk aku sebagai lelaki utk menasihati sesiapa yang lalai..ok sekian yang baik dari Allah,yang kurang dari diri aku..salam

Thursday, October 14, 2010

Dunia akhir zaman 1..

http://www.youtube.com/watch?v=diwYMmCcrX8
Saksikan........hayati la

Segi Tiga Bermuda


Inilah peta segi tiga bermudayang terletak berhampiran perairan USA.Terdapat pelbagai kisah mitos,fakta serta misteri disebalik fenomena yang terjadi di kawasan ini.Kita sebagai hamba Allah perlulah mengambil ikhtibar dan bukannya terlalai dengan kisah-kisah disebalik mitos segi tiga bermuda.So,apa pandangan korang tentang segi tiga bermuda?? Sila lah berkongsi pendapat..