Monday, February 21, 2011

Remaja

Remaja,
tatkala malam semakin labuh,
hujan manusia mula membasahi ibu kota,
tujuan yang tidak mungkin terhurai,
mengeksploitasi kegelapan malam dengan rakus,
Remaja,
sudah menjadi lumrah remaja akhir zaman,
kemaksiatan dan dosa menjadi noktah dihati,
menanam benih-benih haram,
yang suci semakin ternoda,
yang batil melindungi yang hak,
yang menjahanamkan diri yang serba lemah,
Remaja,
semakin hari lampauan mereka memuncak,
tidak mampu dibendung dengan lisan,
tidak mampu ditakutkan dengan kisah nenek moyang,
tidak mampu sedarkan dengan ilmu,
malah lampauan makin merosakkan,
Remaja,
tatkala embun jantan menitis,
hati mereka terus diselaputi hitam,
makin rakus mereka dalam dunia mereka,
dunia fantasi yang mungkin melenyapkan mereka,
tenggelam dalam mimpi yang seperti tiada hujung,
terus terseksa dalam kegembiraan itu,
Remaja,
dunia fantasi itu bukan milikmu,
cahaya Nur didepan adalah jalanmu,
Al-Quran dan Hadis pembimbingmu,
bukan keparat itu jadi gurumu,
moga Tuhanmu memberi hidayah kepadamu,
agar hidupmu tiada terpesong lagi.

Ciptaan=Muzzakar Solihin

Saturday, February 19, 2011

cinta tak mampu dimiliki

cinta...
cemburu...
kasih...
rindu...
sungguh aku x memahaminya,
kerana aku cuma insan biasa,
jatuh cinta bukan kerna parasnya,
tapi kerna sikapnya yg penuh daya pnarik bgku,
mencintai dia cuma satu kesempatan,
yang bagiku tidak mampu kumiliki,
yang terlalu ku impikan selama ini,
masih tak mampuku luahkan dengan kata-kata,
hanya badan mnampakkan perasaanku terhadapnya,
sejak kehadiran insan itu,
memanaskan api cintaku dengan cemburu,
menghangatkan kasihku dengan iri hati,
cinta pertama..
cinta terakhir..
cinta selamanya..
bukan milikku...
aku hanya mampu salahkan diri aku,
kerna tidak mampu ungkapkan kata itu,
aku cuma berharap engkau akan memahami,
suatu hari nanti..
bukan niat tidak jujur..
hanya kerna aku yg terlalu mgharapkan masa,
masa akan merubah segalanya,
mungkin kau akan jadi milikku,
mungkin jua kau akan jadi miliknya,
namun ingin ku katakan wahai insan yang faham,
aku memang cintakan padamu..
cintaku ternoktah disini untukmu...