Sunday, January 9, 2011

Berakhir

Segalanya cukup indah dikala aku mengenali dia dan seakan-akan dunia tiada penghujungnya lagi.Hidup aku ceria dan terus merasakan kenikmatan dengan hadir dirinya disisiku.Hari demi hari berlalu cintaku makin menebal dan dia terus sayang padaku seperti biasa,namun satu hari yang tidak ku ingat tarikhnya memulakan satu noktah hitam didalam diriku.Kehadiran insan itu seakan-akan menengelamkan aku dari pandanganmu,lakonannya mengalahkan segala kehebatan pelakon dunia ini.Dia terpikat dengan insan itu,dan aku masih bertahan dengan cintaku ini.Aku dengan kebodohan dan kepercayaan karutku terhadap cinta suci terus bertahan dan tidak akan meninggalkannya.Hari demi hari berlalu dan aku semakin ditekan untuk meninggalkan dirinya,namun aku masih berkeras dan terus memegang janjiku pada dia.Aku didesak dan terus didesak,segala helahnya seakan-akan memakan diriku dan terus menyakiti hatiku.Pada suatu hari,dia menceritakan bahawa dia sudah ada yang lain namun aku tahu bahawa dia masih sayangkan aku dan ini merupakan helahnya untuk aku meninggalkan dirinya.Namun demi kebahagiaan dirinya aku melepaskan dengan rela walaupun mungkin insan itu akan gembira namun kebahagiaan dirimu lebih penting bagiku...semoga dikau berjaya dalam hidup...sekian

Coretan & karutan
Muzzakar Solihin

No comments:

Post a Comment